Tuesday, March 24, 2009

Harian Metro 23 Mac 2009

Harian Metro 23 Mac 2009
GESUNDHEIT Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd, pengeluar air minuman ECPI mensasarkan hasil jualan RM2 juta untuk tiga produknya iaitu air minuman ECPI, GTH dan Anggun. Pengurus Pemasarannya, Kamsani Saidin, berkata ketiga-tiga produk berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan ia mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan tahun lalu. "Air Minuman ECPI produk kami yang terlaris dan menyumbang 60 peratus keuntungan setiap bulan berbanding produk lain," katanya.Menurutnya, air minuman ECPI mampu dijual lebih 300,000 botol sebulan pada harga RM8.10 untuk 1.5 liter dan membawa keuntungan berlipat ganda kepada ahli. "Syarikat kami beroperasi secara pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sesiapa yang menjadi ahli mendapat pelbagai keistimewaan antaranya pembelian dengan harga jauh lebih murah. "Misalnya, air minuman ECPI dijual dengan harga RM5.80 bagi ahli dan mereka mampu mendapat keuntungan lebih 40 peratus hasil jualan produk berkenaan," katanya.Kamsani berkata, pihaknya tidak mahu disamakan dengan syarikat MLM lain yang hanya menggunakan wang sebagai sandaran dan menjanjikan keuntungan tanpa asas perniagaan. "Syarikat kami tidak sama dengan kebanyakan pengendali MLM lain kerana kami menawarkan barangan berkualiti dan istimewa untuk ahli, malah mereka boleh menjalankan perniagaan yang pasti menjamin keuntungan," katanya. Menurutnya, bayaran pendaftaran untuk menjadi ahli hanya RM50 dan setiap ahli layak mendapat harga istimewa walaupun kuantiti barangan dibeli tidak banyak.

No comments: