Friday, July 3, 2009

Harian Metro 27 Jun 2009

Harian Metro 27 Jun 2009
SELEPAS terbukti sebagai produk mampu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, status air mlnuman ECPI sebagai minuman kesihatan semakin tersohor dan laris di pasaran. Apa yang membezakan produk keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) ini ialah ia dihasilkan melalui kajian teliti yang dijalankan selama lebih 15 tahun.Pengerusi Eksekutif Gesundheitlabs, Profesor Dr Amir Hamzah Abdul Hamid berkata, syarikatnya menghasilkan air minuman ECPI kerana menyedari pengguna memerlukan produk kesihatan dalam bentuk minuman kerana ia praktikal digunakan."Selain itu, air memang diperlukan manusia setiap hari sebagai keperluan diri demi mengekalkan kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Air aset terpenting diperlukan tubuh kita. Sehubungan itu, kita memerlukan sejenis minuman yang mampu menjadikan diri sihat dan menghindari daripada dijangkiti penyakit yang tidak diingini," katanya.Menurutnya, Gesundheitlabs menghasilkan air minuman ECPI dengan penuh teliti dan kepakaran supaya pengguna dapat menikmati keistimewaannya. Katanya, ia adalah penghasilan melalui gabungan revolusi teknologi rawatan air terbaik dunia dan teknologi 'spacetime' bagi menghasilkan air terbaik untuk keperluan kesihatan tubuh manusia. Air minuman ECPI juga air minuman beralkali dan mengandungi oksigen 20 peratus lebih tinggi berbanding air biasa. Menurut Amir, air minuman ECPI mengandungi pelbagai kelebihan berbanding air minuman biasa dan pengguna akan merasai perbezaannya apabila mula menggunakannya.Katanya, antara tindak balas itu untuk menghindar dan membaiki kerosakan asid deoksiribonukleik (ONA) yang tidak normal, merangsang sistem ketahanan, meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen, membawa oksigen ke dalam sel dan mengeluarkan gas buangan serta menyah sisa toksin daripada seluruh badan. Air minuman ECPI juga membantu mengatasi masalah saluran jantung dan otak yang sempit, membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak, membina kekuatan tulang rangka, bertindak melincirkan kawasan sendi dan menghindarkan sakit sendi serta sakit bahagian belakang."Produk ini akan bertindak secara berbeza mengikut keperluan kesesuaian pengguna yang mengamalkannya. Pengguna tidak perlu risau akan tindak balas yang berlaku akibat penggunaannya kerana tiada kesan memudaratkan terhadap tubuh." katanya. Menurutnya, Gesundheitlabs menerima maklum balas positif daripada kalangan pengguna air minuman ECPI yang sudah dipasarkan lebih kurang 10 tahun lalu. Selain mengekalkan kesihatan, air minuman ECPI juga mampu menjadikan pengguna kelihatan lebih berseri dan memiliki kulit lebih cantik serta halus."Gesundheitlabs akan terus menghasilkan produk berkualiti supaya ia menjadi pilihan pengguna di negara ini

No comments: