Friday, July 3, 2009

Harian Metro 30 Mei 2009

Harian Metro 30 Mei 2009
GESUNDHEIT Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheitlabs) tidak pernah ketandusan idea untuk mencipta produk baru kepada pelanggan khususnya untuk menjaga kecantikan dan kesihatan badan. Terbaru, Anggun Beauty ECPI dicipta khusus bagi mengembalikan kesegaran dan menegangkan kulit di samping mengekalkan kecergasan diri supaya kelihatan bertenaga sepanjang masa.Produk keluaran Gesundheitlabs itu berupaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan masalah kulit dan mampu memberikan kelegaan kepada pengguna dalam masa singkat. Pengguna dapat merasakan perubahan secara berperingkat jika menggunakannya mengikut arahan dltetapkan, namun keputusan yang diperoleh bagi setiap individu berbeza-beza.Bagaimanapun, setakat ini pihak Gesundheitlabs menerima maklum balas positif daripada pengguna yang mengamalkan produk Anggun Beauty ECPI sejak ia mula dipasarkan setahun lalu. Permintaan terhadap produk itu juga semakin bertambah dan semasa ke semasa dan tidak hairanlah ia sesuai digunakan semua golongan tidak kira lelaki ataupun wanita.Seorang pengguna produk berkenaan, Latifah Ab Rahman, 49, berkata sejak menggunakan produk terbabit setahun lalu, kesihatannya bertambah baik dan kulit menjadi lebih lembut serta bersih. Katanya, penggunaan produk itu memberi tindak balas segera iaitu kulit wajah menjadi lebih segar dan tompok hitam tidak kelihatan terutama pada muka. "Saya menggunakan Anggun Beauty ECPI kira-kira setahun ialu dan ternyata produk ini amat berkesan pada kulit saya yang kini lebih bersih, segar dan anjal.""Selain itu, produk ini mampu menyembuhkan penyakit seperti bisul, kulit merekah, lebam dan lain-lain serta sesuai digunakan pada bila-bila masa,* katanya.Bagi Fadzilah Abd Latif, 60, masalah jeragat yang dihadapinya berjaya dihindari selepas menggunakan Anggun Beauty ECPI sejak tiga bulan lalu. Beliau berkata, selain itu produk itu juga boleh menyeri dan memutihkan kulit dengan berkesan sekiranya penggunaannya dilakukan secara kerap dan teratur. Azatul Asnidar Abdul Aziz, 38, berkata dia mula menggunakan produk itu selepas mengalami rekahan pada kulit tumit. "Kulit saya menjadi lebih putih dan tegang malahan rekahan pada kulit tumit saya juga sembuh dalam masa singkat," katanya.Seorang lagi pengguna, K. Kumasegaran, 48, berkata selepas menggunakan produk itu sejak sebulan lalu, dia dapat berasakan perjalanan darah semakin stabil berbanding dulu. Sementara itu, Aziz Mohd Nor, 43, pula berkata, dia berjaya mengatasi masalah resdung dihadapinya sejak 14 tahun lalu dengan penggunaan produk itu secara teratur. Katanya, ternyata Anggun Beauty ECPI memberikan kesan maksimum dan cepat apabila digunakan dan berpuas hati dengan produk terbabit."la ternyata memberikan tindak balas cepat dan mampu mengembalikan kesihatan diri secara luaran dan dalaman tanpa thong menunggu lebih lama," katanya. Bagi Azizah Ali, 39, yang mempunyai masalah kulit gatal berpendapat Anggun Beauty ECPI sangat berkesan kerana masalahnya betjaya diatasi selepas menggunakan produk itu sejak akhir tahun lalu.

No comments: